.
Perhatikan, adakah para pemimpin tertinggi amat inginkan adanya pilihanraya kecil di mana pun pelusuk kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di Malaysia?
Saksikan sendiri sah tak sah apa yang berlaku dalam episod Perak Dirampas!
Pedih kalah memanjang, dan sanggup tidak bertanding, itu yang termaktub sudah dalam arkib media, termasuk yang kunun dikatakan arus perdana.
Ada yang kesian melihat mantan calon di P 44 atau P 36 dan lain-lain lagi, ibaratnya habis manis sepah dibuang.
Terkini, dia yang disebut calon berbaju kurung, oleh : The Edge & The Malaysia Bar...Rohaizat Othman.
Turut kelihatan ialah tergeliat juga lidah Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan calon ini dengan tepis dan tangkis, yang belum selesai terjawab.
Kita perhatikan nanti bagaimana hal ini terjawab, mengakibatkan pencalonan boleh dibatalkan jika berlaku sampai ke mahkamah pilihanraya kelak.
Sukacita juga mahu merujuk peguam dalam Parti KeADILan dan Pakatan Rakyat, kerana penerangan yang dipetik Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan, adalah bukti boleh diterima pakai sebagai "salahlaku" peribadi membabitkan wang milik suatu pihak di kalangan ramai orang kalangan orang ramai.
Ada kalangan penyokong UMNO dan Be End yang segelitir di Malaysia, merasa tidak senang kerana awal-awal lagi calon dituduh dan didakwa ada skandal.
Pun begitu, jika tidak begitu, kelak mereka inilah yang otaknya begitu lalu berkata, awal-awal dulu tak nak buat komplen, sekarang keputusan telah dicapai baru nak bising.
Maka, apapun pemikiran dangkal mereka ini, satu laporan polis dijangka dibuat supaya siasatan dapat berlangsung.
Ini langkah mantap!
Pandangan:
Gulai Lemak Mantap Cili Api
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen anda...