Itu pepatah lama kita...
Pepatah baru pula? Sedikit demi sedikit lama-lama jadi kerajaan yang mantap.
Perhatikan serangga yang korek lubang, buat lorong, bina kediaman, dan angkut sedikit demi sedikit tanah, keluar lorong dan susun sehingga jadi busut pada pandangan kita dan bukit pada serangga ini.
Dilakukan secara bersungguh, cara betul, dan konsisten.
Ibarat ini adalah ilmu-Nya untuk kita membina organisasi seperti Kem Mantap, dan Parti KeADILan Rakyat, seterusnya Pakatan Rakyat.
Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional, lama sudah patut ditukar. Dari kelompok inilah disusun kabinet terdiri daripada menteri dan kementerian. Tetapi, ramai dalam susunan ini lemah, lembab, lesu, longlai...
Perhatikan, peringatan Anwar Ibrahim, keluarkan negara dari ekonomi merudum. Itu pandangan pemimpin waris pejuang Melayu yang membawa perubahan untuk Rakyat dan negara Malaysia.
Tetapi, apa yang dilakukan segera, efisyen, dan efektif oleh menteri dan kementerian Mohd Najib Abdul Razak?
Perhatikan, virus influenza A, H1N1, bijak lagi orang ramai dari pemimpin yang berkedudukan nombor satu negara.
Mana boleh pemimpin negara bertindak hanya apabila didesak. Terdesak, barulah melakukan sesuatu.
Memang bukanlah lawak bahawa pemimpin politik menjaga kepenting kedudukannya, politiknya, partinya...tetapi, tiadakah sekelumit kesedaran menjaga kepentingan Rakyat dahulu. Berapa ramai di kalangan Rakyat mesti menjadi korban virus ini, barulah langkah terbaik dilaksanakan?
Tidak boleh diharapkan...
Sudah tiba masa dan ketikanya, kerajaan Pakatan Rakyat di peringkat pusat terbentuk. Namun, kita yang akur dengan sistem demokrasi, kita nyatakan visi dan misi ini di PRU 13.
Maka sedikit demi sedikit, lama-lama terbentuk kerajaan yang mantap Pakatan Rakyat yang berjuang untuk Rakyat dan Negara Malaysia.
Pandangan:
Zubli Zainordin
Blogger Mantap Rakyat Selangor
Rujukan dan Bacaan Lanjut desakan demi desakan Rakyat, di Sinar Harian.
http://www.facebook.com/group.php?gid=114119616870#/SinarHarian?ref=nf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen anda...