.
Persoalannya,
Kenapakah Muhyiddin Yassin tiba-tiba mengeluarkan kenyataan "Anwar Ibrahim Pengkhianat Bangsa?"
Kenyataan seperti ini, mengundang marah ahli Parti KeADILan Rakyat, yang merupakan persempelan komposisi Rakyat Malaysia.
Kenyataan seperti ini, turut mengundang jelak dan bosan ahli UMNO dan Barisan Nasional yang masih mengakui kepemipinan hebat Anwar Ibrahim, dan mereka mula sanggup keluar dari parti lapok dan barisan senget ini untuk menyertai dan menyokong PKR dan Pakatan Rakyat.
Jadi kenapa Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan begini, yang menunjukkan betapa dangkalnya pemikirannya?
Tidak menepati pula port-folio kementerian yang disandangnya.
Adakah untuk mendapatkan keyakinan dari Mohd Najib Abdul Razak, supaya selepas ini dia pula menjadi Perdana Menteri Malaysia. Mengikut tradisi lapok UMNO dan sengetnya Be End (Last Term 2008 - 2012).
Kita tahu, sejak dahulu mereka berdua ini ranking di bawah Anwar Ibrahim dalam parti dan kerajaan.
Kini dari segi prihatin kepada Rakyat Malaysia, mereka berdua ranking jauh ke bawah. Tidak nampak sebarang usaha yang betul-betul menunjukkan mereka berdua ini nasional atau internasional pemimpin bertaraf dunia.
Mohd Najib Abdul Razak dan Muhyiddin Yassin adalah dua daripada ramai pemimpin tidak berguna. Banyak isu yang tidak dapat mereka tangani dengan sebaik mungkin. Sebab itulah media masih merujuk kepada mantan PM untuk mendapatkan pendapat lebih bernas.
Dua isu - H1N1. Ekonomi merudum. Boleh dijadikan contoh mereka berdua lemah, longlai, layu, lembap. Tambah sem, jika sudi...
Namun begitu, kita perhatikan penyelesaian total jelas ada dalam kemampuan Anwar Ibrahim, disokong rakan Lim Kit Siang dan Abdul Hadi Awang.
Dengan menggunakan saluran demokrasi, dan amalan murni dalam perjuangan Pakatan Rakyat, kita molek tambah tekad dan azam pada pagi ini, kepada usaha berterusan sejak sebelum PRU 12, untuk menolak Mohd Najib Abdul Razak, Muhyiddin Yassin, seluruh UMNO, seluruh Be End.
Sokong usaha Presiden Kem Mantap, dan Teraju Blogger Mantap, Khairul Anuar Othman, untuk membawa gelombang besar padu dan mantap 1Malaysia tolak UMNO/BN.
Ini pandangan dari kewarasan:
Tok Yem PerMATANG Pasyiaq
Kami Kata DUN N Sebelaih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen anda...