Aluan Kata Teraju Blogger Mantap ~ Khairul Anuar Othman

Blog menjadi penting, dan Blogger semakin berperanan besar kini dan kelak.

Terutama mendidik dan berkongsi informasi untuk menang pilihanraya, khususnya PRU 13.

Masing-masing pihak bersuara.

Kini tibalah masa dan ketikanya, Blogger Mantap mewakili Rakyat, memasuki arena ini secara tetap, kerap, dan mantap.

Bertujuan Rakyat terus berkuasa di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor.

Seterusnya seluruh Malaysia.

Ayuh...

Kita Mantap! Mantap!! Mantap!!!



Wednesday, August 26, 2009

FIRASAT~KEMENANGAN PERMATANG PASIR...APA ALAMATNYA?


KEMENANGAN DI PERMATANG PASIR.....APA ALAMATNYA

Saya menerima panggilan dari seorang teman dekat yang juga seorang ahli koperat pada jam 4.45 petang bertanyakan keputusan di Permatang Pasir. Saya menjangkakan PR akan menang tipis ternyata selepas diumumkan hebat..(lebih 4551 undi majoriti). Cuma saya sempat memberi pandangan kepada beliau soal mood rakyat.

1. Rakyat tetap setia memilih PAS (PR) kerana secara umum semakin jelas di mata rakyat PR lebih telus dan jujur membela nasib rakyat. Dan rakyat secara umum tidak dapat menerima pendekatan UMNO yang sepertinya memaksakan agar rakyat berubah memilih mereka dengan bermacam bentuk suguhan. Suguhan atau pemberian yang dinilai rakyat tidak ikhlas bukan sahaja memberi implikasi menolak calon UMNO bahkan BN secara umum.

2. Isu yang digembar gemburkan oleh Muhyidin bersifat fitnah terhadap Anwar adalah isu basi yang diulang-ulang. Sejak dari zaman Mahathir 1999 sampai sekarang isu itu adalah isu dorulang (diguna semula) dan semakin lama diungkap bukan hanya menimbulkan kebencian bahkan ianya memberi kesan terbalik. Yang semakin jelas bagi rakyat ialah pemimpin UMNO yang khianat. Gunalah perlembagaan, sultan atau apa sahaja tetap isu itu sudah basi. Maka saya yakin isu ini akan diulang lagi semasa PRU 13, dalam corak yang sedikit berbeza tetapi kontennya tetap sama. Maka saya sangat yakin bahawa inilah petanda yang UMNO telah ditolak oleh rakyat dan buktinya akan lebih jelas ketika PRU 13 nanti.

3. Sebagai teman saya menyeru beliau agar merenung jauh supaya bersiap sedia mempersiapkan strategi baru dalam bisnes untuk selepas PRU 13. Era itu adalah era PR memerintah Malaysia jadi sayugialah beliau sebagai seorang ahli koperat merubah strategi dan berjinak-jinak dengan konsep PR. Realiti dan fakta PRK di permatang Pasir sudah cukup memberi jawapan atas hujah ini, iaitu rakyat sudah bersiap sedia menolak UMNO Bn di PRU 13. Tren sejak dari Mac 1998,Ogos dan seterusnya momentum rakyat semakin jelas menoalk bukan menerima UMNO.

4. Fitnah UMNO terhadap pimpinan PR khasnya (DSAI dan TGNA) adalah bom jangka yang memusnahkan kredibiliti UMNO BN sekarang. Siapa yang malu sebenarnya sekarang? Pasti pimpinan UMNO dan kuncu-kuncunya. DSAI dan TGNA tidak terjejas langsung di mata rakyat. Mereka bahkan dinobatkan sebagai pahlawan rakyat dan sangat berjasa kepada rakyat. Begitu juga dengan usaha UMNO mahu mengambil semula kedah dan Selangor secara membeli YB PR adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh rakyat secara menyeluruh. Di seluruh dunia yang jika ditanya kepada rakyat Malaysia, pasti mereka akan berkata UMNO BN jahat dan tidak demokratik. Apakah mudah rakyat lupa dengan apa yang berlaku di Perak?

5. Bagi saya isu di Perak adalah kemuncak kebencian rakyat kepada UMNO BN sehingga sekarang. Sakit hati rakyat dibawa ke Permatang Pasir oleh penceramah. penyokong dan pengundi. Kesilapan besar yang dilakukan oleh UMNO BN terhadap Perak akan menjadi barah yang pasti merembet sehingga ke PRU 13 dan seterusnya. rakyat tidak akan terlupa krisis ini sehingga ke anak cucu mereka. Ingat inilah kezaliman politik terancang paling dahsyat dalam abad ini di Malaysia. Akibatnya ialah UMNO BN akan dipinggirkan oleh rakyat dalam semua PRU di masa akan datang. Mereka hilang kepercayaan kepada UMNO buat selama-lamanya selagi UMNO BN tidak melalui suatu proses pembersihan imej yang jelas di mata rakyat. Bersiap sedialah untuk menjadi pembangkang di PRU 13 adalah pendekatan terbaik bagi UMNO. Jangan mimpikan lagi kuasa majoriti di tangan UMNO dan cool down melihat bumi dipijak.

6. Menggunakan isu perkauman dan menekan kaum lain dalam ucapan, tindakan dan apa sahaja adalah kesalahan besar yang diulang oleh UMNO. Rakyat menolak cara ini tetapi UMNO dengan sombong masih terus yakin dengan cara kampungan ini sehingga sanggup menggunakan gengster dalam kempen mereka. Gengster UMNO seronok dapat duit tetapi semangat perjuangan mereka hanya jika ada RM. Tidak lebih dari itu. Mereka akan melompat membela jika ada RM. Jika tidak ada..good bye..Ini realiti yang seharusnya pimpinan UMNO BN mengerti. Apatah lagi jika ada suara dari para imam gengster memprovokasi akan berlaku lagi 13 Mei? Alangkah naifnya pimpinan UMNO sehingga sanggup menjadikan golongan ini sebagai tulang belakang mereka. Hukuman telah pun jatuh dan rakyat akan terus menghukum ke atas UMNO selagi masih terdengar suara sumbang dan tidak realistik ini.

Bertaubatlah wahai saudara ku!! kembalilah kepada Islam sebenar!! Tinggalkanlah faham dan perjuangan yang beralaskan perkauman sempit ini!! Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua di bulan Ramadhan dan syawal ini..amin!!

HASIL PENA:IKRAR

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda...