Aluan Kata Teraju Blogger Mantap ~ Khairul Anuar Othman

Blog menjadi penting, dan Blogger semakin berperanan besar kini dan kelak.

Terutama mendidik dan berkongsi informasi untuk menang pilihanraya, khususnya PRU 13.

Masing-masing pihak bersuara.

Kini tibalah masa dan ketikanya, Blogger Mantap mewakili Rakyat, memasuki arena ini secara tetap, kerap, dan mantap.

Bertujuan Rakyat terus berkuasa di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor.

Seterusnya seluruh Malaysia.

Ayuh...

Kita Mantap! Mantap!! Mantap!!!



Thursday, August 20, 2009

Bila SPRM Tidak Memihak

Sungguh ramai dan ramai sungguh yang percaya bahawa SPRM (Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia) sebuah organisasi yang tidak memihak.

Namun, ada yang sukar mempercayainya. Ramai? Lakukanlah survey.

Ini perihal kelayakan Rohaizat Othman calon Barisan Nasional bertanding di N 11 Permatang Pasir.

Tentulah SPRM punyai alasan paling kukuh. Bukan kerana Rohaizat Othman dari UMNO calon mewakili Barisan Nasional.

Jika benar demikian, baguslah.

Jika tidak benar demikian, adalah diharapkan bila selepas PRU 13, di antara rombakan menyeluruh yang amat perlu dilakukan ialah organisasi begini.

Analisis saya, keputusan ini menjadi precedent kepada semua calon dari mana-mana parti termasuk Bebas, untuk bertanding jika sama kedudukannya seperti Rohaizat Othman.

Precedent ini barangkali tidak terfikir untuk jangka masa panjang oleh SPRM.

Keputusan ini juga ibarat menang sedikit kalah banyak, dan menang sekali kalah banyak kali.

Maksudnya begini.

Pencalonan Rohaizat Othman tidak terbatal, malah dia terus layak bertanding.

Tidak mengapa. Kita pun tidak risau sangat hal calon ini, kerana kita sudah menyaksikan di antara kepayahan paling payah kepada UMNO khususnya, dan kepada Be End khususnya juga, mereka sudah ketiadaan calon yang benar-benar hebat untuk melepasi palang pilihanraya kecil, apa tah lagi, menjadi wakil yang baik sekiranya, andaikata, selepas menang kelak.

Problem masalahnya bagi Najib dan Muhyiddin pun ialah memilih calon bertanding. Ibarat macam sama Mahathir Mohamad memilih calon Menteri Besar dahulu di Selangor. Ini jelas di P 44, P 36, dan seterusnya, baru-baru ini di N 41.

Kita telah pun dengar kenyataan di Blog Ku Li, dan bagi saya jawapannya ialah, UMNO dan Be End ketandusan calon untuk PRU 13 kelak. Ramai yang di bawah paras menteri kabinet sekarang yang sudahpun di bawah layak menjawat jawatan terkini.

Perihal Rohaizat Othman diputuskan SPRM layak terus bertanding, maka isu ini tentulah tidak akan digunakan langsung oleh calon lain dan parti yang diwakilinya mahupun pakatan yang menyokong.

Harapan itu bakal meleset...Percayalah.

Sebab itulah, keputusan SPRM ini memberi sedikit kemenangan kepada UMNO dan Barisan Nasional, namun memberi banyak kekalahannya bila calon ini belum nampak wibawa kerana sedikit sebanyak tercalar dengan apa yang telah berlaku dahulu dalam kerjayanya.

Dikatakan Ahmad Zahid Hamidi, pihak mereka akan menjawab, dan pihak mereka ada cara menjawab. Peristiwa dulu-dulu pun tak larat gelak lagi, ini apa pula jenakanya?

Adakah jentera parti dan barisan senget mempunyai hujjah dan cara komunikasi bila dari rumah ke rumah atau di pentas kempen, menjelaskan kekaburan ini?

Berpeluh..!

Dikatakan kemenangan sekali ini, tetapi kekalahan banyak kali, bila calon mana parti pun asal ada kes, disebut ramai sebagai skandal, seumpama, maka SPRM tiadakan wibawa jika berkata ini lain daripada Rohaizat Othman, dan jika sama, maka di manakah tanggungjawab SPRM dalam menentukan calon suci murni bertanding di semua pilihanraya kecil dan umum?

Salleh Man tolong jawab...







Kemukaan:
Zubli Zainordin
Blogger Rakyat Malaysia
Ahli
Blogger Mantap

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda...