Bukan rahsia, malah terbuka, bahawa ada pemimpin yang menggerakkan langkah memajukan parti yang dipimpinnya, dan menduduki kerusi tertinggi kepemimpinan negara.
Seorang ialah Anwar Ibrahim.
dan
Seorang lagi ialah Mohd Najib Abdul Razak.
Anwar Ibrahim dan Mohd Najib Abdul Razak, kini, masing-masing sedang berusaha, untuk menerajui Malaysia.
Walaupun ada sedikit persamaan, namun ternyata dari aspek prinsip, perjuangan, dan pendekatan politik mereka berbeza.
Anwar Ibrahim menang mengikut lunas demokrasi, dengan prinsip keadilan, menduduki kerusi secara dilantik dan dipilih ahli Parti, dan Rakyat Pengundi.
Mohd Najib Abdul Razak, masih belum jelas lagi hala dan tujunya. Apa yang berlaku di Perak, menampakkan rampasan yang dahsyat. Jika dia terus di kerusi tertinggi partinya, barisannya, dan kepemimpinan negara, akan adakah ngeri terus-terusan merampas negeri? Tambah buruk ialah apa yang sedang diusahakan kini, untuk menawan Selangor. Kedua-dua negeri kerajaan Pakatan Rakyat yang sah. Bagaimana denngan Kedah, Pulau Pinang, dan Kelantan?
Berjiwa Rakyat, Anwar Ibrahim memimpin Rakyat dengan fikir, budi, keikhlasan, dan kepemimpinan mantap, serta berjuang untuk seluruh Rakyat.
Berjiwa tradisi, Mohd Najib Abdul Razak, yang mewarisi kepemimpinan terdahulu, akan meneruskan budaya lapok UMNO dan senget Barisan Nasional, yang ramai melihat kerap dan banyak memihak kepada nikmat mereka sendiri, khususnya yang berjawatan dalam parti, barisan, dan kerajaan.
Agenda Besar Mohd Najib Abdul Razak, jelas. Untuk kekal di kerusi Perdana Menteri, dan Presiden Parti dan Barisan.
Agenda Besar Anwar Ibrahim, ialah mengangkat martabat Rakyat pada kedudukan maju dan makmor, dengan kemantapan kepemimpinannya.
Rakyat Malaysia ada pilihan, untuk memilih satu di antara kedua-dua pemimpin ini. Siapa pilihan anda?
Pastikan Mohd Najib Abdul Razak, melepaskan kerusi kepemimpinan parti, barisan, dan kerajaan?
Atau
Pastikan izin supaya Anwar Ibrahim maju dari Permatang Pauh ke Parlimen dan ke Putrajaya, membawa pembaharuan yang adil dan saksama untuk semua Rakyat dan Negara Malaysia.
Sila mantapkan pandangan...
Blogger Rakyat Selangor
Ahli
Kem Mantap
menyokong usaha gigih yang sedang dilangsungkan mantap oleh
Khairul Anuar Othman
Presiden
Kem Mantap
terutama bila Presiden Kem Mantap ini bersuara...
Mantap! Mantap!! Mantap!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen anda...