Aluan Kata Teraju Blogger Mantap ~ Khairul Anuar Othman

Blog menjadi penting, dan Blogger semakin berperanan besar kini dan kelak.

Terutama mendidik dan berkongsi informasi untuk menang pilihanraya, khususnya PRU 13.

Masing-masing pihak bersuara.

Kini tibalah masa dan ketikanya, Blogger Mantap mewakili Rakyat, memasuki arena ini secara tetap, kerap, dan mantap.

Bertujuan Rakyat terus berkuasa di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor.

Seterusnya seluruh Malaysia.

Ayuh...

Kita Mantap! Mantap!! Mantap!!!



Saturday, August 29, 2009

BARISAN NASIONAL TETAP UTUH DULU KINI DAN SELAMANYA





KAPAL DAH NAK KARAM NAJIB OOI????

JOM RAMAI-RAMAI AHLI UBN KE SEBERANG???

SIAPA DISANA???

PAKATAN RAKYAT LER !!!!!

Barisan Nasional punyai pemimpin dan parti komponen yang sentiasa bergolak?

Logikanya jika Rakyat merasa tidak puas hati dengan parti peneraju dalam Barisan Nasional, maka adakah pemimpin, ahli, parti berkenaan itu, bukan Rakyat? Bukan tergolong dalam merasa tidak puas hati juga?

Itukah hakikatnya?

Entahlah di bulan puasa ini, tergelak sakan saya menyaksikan betapa akal budi para pemimpin dalam Barisan Nasional ini, ada yang dari dalam kapal sendiri cukup seronok melihat parti dan pakatan di sekeliling ibarat retak menanti belah, sedangkan hampir semua pasangan pemimpin utama parti komponen Barisan Nasional sedang menghentak lobang di lantai kapal mereka dan pemimpin utama tidak masuk campur dalam semangat setiakawan kepartian, sedangkan 1Malaysia sedang terhakis?

Rakan saya kata, "Eleh, Balisan sendili pon tak leh handle, ini mau handle satu M'sia ka?", katanya sambil menyuap segenggam nasik berisi lauk gulai kari kepala ikan di tengahari bulan puasa, dan saya hanya dapat tengok sahaja...

Jika semua ini betol-betol, bukan cobaan, betol-betol, bukan drama mengatasi 15Malaysia, macamnya menutupi ekonomi Malaysia meleset kah...maka, di manakah retak dan bila belahnya Barisan Nasional ini yang lazimnya disebut shot-formnya, Be End.

Mungkinkah afdal cuti diambilnya, ketika selainnya bergelumang Di Permatang Pasir N11 tempohari, tentunya Dollah Yankee (Avatar Baru!) manyak cerita di blognya yang saya belum sempat baca, kini ada tiga kemungkinan barangkali mungkin keretakan dalam parti komponen Barisan Nasional, Yem See Yeah, Yem Aiy See, dan YamNO, dia sedar kah atau tidak?

Bak kata watak A. R. Tompel dalam satu filem lama, "Impossible? Possible!"

Sayapun bukan peduli sangat, retak kah, belah kah, sememangnya tidak relevan lagi di Malaysia sejak sebelum 8 Mac 2008, sebab yang saya lebih khuatir, dalam tumpuan fokus lensa dan mata ke arah mereka, Selangor diserang rampas kah, dan kemudian semua pelakon menunjukkan gigi yang putih ketika bibir senyum melebar mencecah ke sepasang telinga masin-masin.

Selamatkanlah Selangor.

Perhatikanlah Perak, nak bersidang 2 September 2009 pun payah.

Apapun,

MCA - Ong Tee Keat dengan Chua Soi Lek.

MIC - S. Samy Vellu jika bukan dengan S. Subramaniam, ewah S. Sothinathan sudah ranking dalam senarai watak utama.

UMNO Terengganu - belum reda lagi Idris Jusoh dengan Ahmad Said. Well, apa cite Mechedeh dulu, tak sempat update...

Lantak ler mengkomer, bak kata Sheikh Blogger Teluk Intan yang ada laptop kat ribanya, semoga cepat semboh, ada gerakan gelombang UP Malaysia yang akan membentuk kerajaan baru di negeri Johor pada PRU 13 nanti bermula sekarang. Saksikan siapa akan terlondeh. Air ke negara jiran kah? Si penjualnya kah????


Hasil Pena:Zubli

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda...