Tuesday, October 13, 2009
KENAPA KITA PAKATAN RAKYAT KALAH DIBAGAN PINANG
10 TERAS SILAP DALAM BERPOLITIK DIBAGAN PINANG
1.SEMANGAT PERJUANGAN DAN KEPARTIAN TIDAK BOLEH MENGATASI ETIKA KEADILAN.NIAT TIDAK BOLEH MENGHALALKAN CARA.JUSTERU ITU SATU PENCANAIAN FIKRAH DAN BUDAYA PARTI BERLANDASKAN ETIKA KEADILAN,LUHUR DAN JITU,PERLU DIBENTUK.
2.PEJUANG-PEJUANG KEADILAN MESTI BERFIKIRAN LUAS,MATANG,DAN JAUH.TIDAK REMEH DAN LEKEH SERTA MESTI BERJIWA BESAR DAN SEGAR.BUKAN SEMPIT SERTA CETEK.
3.KITA SEBAGAI PEMEGANG AMANAH,BERWAJIBLAH MENILAI DIRI DAN LANGKAH SUPAYA AMANAH YANG DISANDANG TIDAK AKAN MENIKAM DIRI SENDIRI,SUPAYA DOA RAKYAT TIDAK AKAN BERTINDAKBALAS.
4.TUTURKATA DAN BUDI BICARA BARISAN KEPIMPINAN DI SEMUA PERINGKAT PERLULAH BERHIKMAH DAN BERHEMAH.UTAMAKAN MEMBIMBING DARIPADA MENEGUR,UTAMAKAN GALAKAN DARIPADA AMARAN:UTAMAKAN PENGHARGAAN DARIPADA PEMECATAN;PANDAI MENDENGAR DAN PANDAI PULA MENILAI. KETOKOHAN PEMIMPIN POLITIK TERSIRAT DALAM BUDI BICARA DAN SUSUN LANGKAHNYA;DISITU MESTI TERSERLAH KEMATANGAN DAN KECERDASAN.
5.MEMASTIKAN PENGLIBATAN RAKYAT SECARA MENYELURUH.DENGAN TERTERANYA PENGLIBATAN RAKYAT,MAKA PERJUANGAN INI AKAN MENJADI PERJUANGAN RAKYAT;JUGA SEKALI GUS AKAN MERAKYATKAN PERJUANGAN,SESUAI DENGAN HASRAT PARTI UNTUK MENJADI WAKIL RAKYAT.
6.UNTUK MEMBUDAYAKAN KEADILAN,PIHAK PIMPINAN DAN AUTORITI PERLULAH MENGENALI DAN MENGHARGAI KEBOLEHAN AHLI-AHLI SERTA MEMBERI RUANG UNTUK SERAMAI MUNGKIN MENYUMBANG KHIDMAT,MENABUR JASA DI DALAM PARTI.UMPAMANYA JAWATAN YANG DIPEGANG OLEH AHLI HENDAKLAH DIMINIMAKAN AGAR RAMAI AHLI DAPAT MEMBERIKAN SUMBANGAN KEPADA PARTI.
7.BARISAN PIMPINAN PARTI DI SEMUA PERINGKAT MEMBUDAYAKAN CARA PENGURUSAN YANG CEKAP BERHEMAH DAN BIJAKSANA.NAMUN BEGITU,PARA PEMIMPIN JUGA HENDAKLAH JANGANLAH TERLALU MELIHAT KE DALAM,TERSEKAT DENGAN URUSAN-URUSAN DAN KERJA-KERJA RASMI HINGGA KELUHAN AHLI DIABAIKAN.
8.DALAM USAHA MEMASTIKAN ETIKA KEADILAN INI MELATA,BADAN-BADAN,BIRO-BIRO,DAN PASUKAN-PASUKAN KHAS YANG DILANTIK WAJAR JUGA TIDAK DIIKAT DENGAN NAFAS AUTORITI PARTI.INI AMAT PENTING DALAM HAL-HAL DISPLIN DAN SIASATAN
9.DALAM PEMILIHAN CALON JAWATANKUASA BAHAGIAN DAN CAWANGAN,ETIKA KEADILAN LEBIH-LEBH LAGI PERLU DILAKSANAKAN KERANA CALON AKAN MEWAKILI RAKYAT BUKAN MEWAKILI PARTI APATAH LAGI MEWAKILI PEMIMPIN TERTENTU.
10.PRINSIP KEADILAN PERLU TERTERA DALAM WAJAH PARTI YANG BERBILANG AGAMA DAN BANGSA,TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN DAN TATAKERJA,TERPAPAR DALAM KEANGGOTAAN JAWATANKUASA,BIRO-BIRO DAN PERWAKILAN.
RENUNGAN BUAT PIMPINAN & AHLI PARTI
SAUDARA-SAUDARI,
KITA SEWAJARNYA LEBIH DEWASA SETELAH MELALUI PILIHANRAYA LALU.BENAR PRESTASI KITA SECARA MENYELURUHNYA MEMBANGGAKAN,NAMUN KITA TEWAS.DIBANYAK PERINGKAT PIMPINAN NEGERI DAN BAHAGIAN MASIH WUJUD FAHAM KELOMPOK SEMPIT DI KALANGAN BEBERAPA PIMPINAN. KITA HARUS LEBIH TAWADDU'-AKUI BAHAWA SATU,DUA TOKOH BETAPA SEKALI HEBATPUN TIDAK BERUPAYA MENGGERAKKAN WADAH RAKYAT JIKA FAHAMAN KOLOT MASIH MENGHANTUI KABILAH-KABILAH ATAU PUAK SESUATU KEM...MASIH UJUD!!!??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen anda...