Aluan Kata Teraju Blogger Mantap ~ Khairul Anuar Othman

Blog menjadi penting, dan Blogger semakin berperanan besar kini dan kelak.

Terutama mendidik dan berkongsi informasi untuk menang pilihanraya, khususnya PRU 13.

Masing-masing pihak bersuara.

Kini tibalah masa dan ketikanya, Blogger Mantap mewakili Rakyat, memasuki arena ini secara tetap, kerap, dan mantap.

Bertujuan Rakyat terus berkuasa di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor.

Seterusnya seluruh Malaysia.

Ayuh...

Kita Mantap! Mantap!! Mantap!!!



Thursday, September 3, 2009

INIKAH DALANG KEPALA LEMBU BERDARAH???








Kepala Lembu Berdarah: Siapa dalangnya?
Sejak demontrasi mengarak kepala lembu berdarah terjadi enam hari lalu, khalayak rata-ratanya terus mempersoal tindakan Umno yang ekstrem itu.

Umno bukan sahaja didakwa cuba menjatuhkan kerajan Pakatan Rakyat di Selangor melalui isu cadangan pembinaan kuil di Seksyen 23, di sini; malah parti itu cuba mencipta pergelutan dengan penganut agama Hindu di Selangor melalui aksi ekstrem pihak terbabit.

Apa yang berlaku sudah tentu menuntut kepemimpinan Umno membetulkan kesangsian rakyat terhadap aksi ekstrem pihak terbabit.

Di sebalik klip youtube yang merakamkan insiden tersebut, sebenarnya adalah jawapan yang paling sahih untuk mengetahui siapakah dalang di sebalik aksi ektrem itu.

Analisis emperikel bersama dua Exco Pemuda PAS Selangor Nadzham Hj. Ahmad Nazir (berkolar kuning) dan Mohd Khairul Afandi Ibrahim (berbaju hitam berlogo PAS) semalam umumnya menunjukkan bahawa Umno lah dalang sebenar insiden 28 Ogos lalu.
Berdasarkan klip youtube tersebut, Nadzham mendakwa bahawa dalang sebenar perhimpunan terbabit adalah Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23, Hj. Azmir Md. Zain, di sini.

Jelasnya, Azmir merupakan adik kandung kepada bekas Adun Kota Anggerik Dato’ Nawawi Md. Zain (dalam Parlimen Shah Alam); yang mewakili Umno dalam pilihanraya umum ke-12 lalu.

“Kalau dah ada Ketua Penaja Umno (cawangan) Seksyen 23 menjadi kepala demontrasi itu, siapa lagi dalangnya,” katanya.

“Kalau orang PAS, kita (ahli-ahlinya) tidak akan demontrasi isu perkauman, (sebaliknya) kita akan demontrasi isu hak asasi dan Islam. Sudah lama kita (pemimpin PAS) ditangkap, kene gas pemedih mata, dibelasah FRU (atau) dikenakan Akta Hasutan serta iSA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).”

Jelasnya lagi, Azmir turut dikenali khalayak tempatan sebagai salah seorang samseng yang menguasai kawasan panas, Up-Town Shah Alam.

Dia (Azmir) salah seorang yang kuasai Up-Town Shah Alam. Itu sebab walaupun penduduk setempat bantah (dan) pungut tandatangan bantahan disebabkan (bunyi) bising-bising, sampai sekarang tak berjaya (dipindahkan); sebab Dato’ Nawawi (abang kandung Azmir) di belakangnya…antara gangsternya (adalah) Achai, juga pemuda Umno Shah Alam.”

ex-Bendahari Pemuda Umno Shah Alam Nadzham yang pernah dikenali sebagai ‘otai’ Pemuda Umno Shah Alam pada era Reformasi 1998, sebelum menyertai PAS turut mendedahkan bahawa Gangster bernama Achai juga merupakan orang penting kepada pemimpin pemuda Umno tempatan, Dato’ Nawawi Md. Zain.

“Achai ini bukan (saja) kawan dia (Azmir), tapi adik pada Zack (iaitu) Setiausaha Kerja kepada Dato’ Hj. Nawawi Md Zain. Dia (Achai) orang penting pemuda Umno.”

Tambah Nadzham lagi, antara demontran yang cuba menyamar sebagai pemuda PAS dalam demontrasi ekstrem tersebut adalah bekas Bendahari Pemuda Umno Shah Alam sendiri, selepas meneliti klip youtube Malaysiakini.

Menurut Khairul Afandi pula, demontrasi melampau tersebut turut disertai oleh Ketua Pemuda Umno Selayang, Sohaimi Shahadan.

Sumber dalamam Umno ketika dihubungi kemudian bukan sahaja mengesahkan keahlian Umno Sohaimi, malah menjelaskan bahawa Sohaimi bukanlah penduduk tempatan Seksyen 23, di sini. Sebaliknya, beliau bermastautin di Batu 19, Kuang, Rawang.

Sumber tersebut juga mendedahkan bahawa terdapat kes kuil bersebelahan masjid di Sungai Buluh (berdekatan Kuang) yang sampai ke pengetahuannya beberapa tahun lalu (iaitu sewaktu Umno BN memerintah Selangor), tetapi beliau mengambil sikap hipokrasi serta sambil lewa.

Sumber tersebut juga mendakwa Sohaimi merupakan antara individu yang terbanyak mengaut tender projek di bawah Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani melalui Menterinya Datuk Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, sejak kerajaan Selangor jatuh di bawah Pakatan Rakyat.

Bersandarkan klip youtube yang lain : “Bantahan Dari Penduduk Seksyen 23 Terhadap Kuil Yang Akan Dibangunkan Di Seksyen 23 Shah Alam“, Nadzham dan Khairul turut mendedahkan dua pemimpin Umno luar yang datang beraksi ekstrem di Seksyen 23, di sini 16 Ogos lalu

Kedua-dua pemimpin Pemuda PAS tersebut juga turut mempersoal tindak-tanduk Polis ‘berdiam diri’, sewaktu demontrasi terbabit berlangsung.

“Ketua Polis Daerah Shah Alam (ASP Noor Azam Jamaludin) kata perhimpunan itu tidak ada permit. Kenapa begitu mudah Polis memberi laluan kepada demontrasi tersebut, mengawal trafik; sudah tentu ada (pemimpin) Umno sendiri di sebalik demontrasi itu.”

“Umno memainkan peranan terhadap demontrasi kepala lembu ‘berdarah’ tersebut. Sebab itu, beberapa pemimpin Umno terlibat. Khairul juga mendakwa penduduk tempatan tidak mengenali Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23 di sini; sehinggalah media arus perdana membuat liputan luar biasa ke atasnya.

Sambil menyifatkan Ibrahim Sabri berdusta kepada khalayak, Khairul dan Nadzham juga mendakwa lelaki misteri itu cuba mencari helah apabila banyak pihak mempertikai tindak tanduk mengarak/menendang kepala lembu lembu ‘berdarah’ itu.

“Sepatutnya dia (Ibrahim Sabri) sebagai orang penganjur menasihati, dia sepatutnya menasihati orang yang datang berdemonstrasi bersama. Sepatutnya dia menasihati supaya kepala lembu ‘berdarah’ itu tidak disertai bersama perarakan itu.”
Ibrahim turut didakwa cuba menjernihkan tanggapan tidak baik khalayak terhadap Umno Selangor.

Memetik laporan Utusan Malaysia semalam, Ibrahim menegaskan, “Sebenarnya kita sendiri tidak menyangka perhimpunan yang diadakan itu di hadapan bangunan SUK selepas solat Jumaat itu ada orang yang membawa kepala lembu.”

Jelasnya lagi, cadangan mengarak kepala lembu ‘berdarah’ itu tidak pernah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Pendududuk Seksyen 23.

Pun begitu, jika dilihat sendiri rakaman Youtube Malaysia kini, membayangkan Ibrahim masih bersifat ekstrem, kalau tidak pun terlibat mengarak kepala lembu yang segar berdarah itu.Tegasnya, “Kami (mewakili) penduduk Syeksyen 23 (Shah Alam) sekali lagi menyatakan tidak akan berganjak walaupun seinci,walau nyawa habis (terkorban), walau darah mengalir; kami tetap pertahankan Seksyen 23 (Shah Alam) daripada dibina kuil,” katanya.

Agendadaily melaporkan, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Noh Omar semalam berkata, “Jangan tuding jari pada pihak lain (Umno)… saya sendiri lawat tapak di Seksyen 23 pada 18 Ogos lalu untuk terima memorandum bantahan yang hendak diserah kepada Perdana Menteri.”

Bagaimanapun, Noh dalam kenyataannya 18 Ogos lalu mahu menyertai bantahan penduduk dengan mendapatkan injunksi Mahkamah atas cadangan kerajaan negeri membina kuil tersebut.

Beliau mendakwa keputusan itu sebagai mainan politik Pakatan Rakyat negeri, demi mengetepikan bantahan penduduk setempat Jumaat lalu.

Semalam, Naib Presiden PAS Dato’ Mahfuz Omar pada satu kenyataan akhbar di Pejabat Agong PAS berkata, “Saya lihat bahawa isu ini ada kepentingan politik kepada Umno Barisan Nasional…mengadu domba hubungan antara kaum yang harmoni dalam negara kita untuk mencetuskan suatu keadaan tegang bagi survival politik mereka…(iaitu) percubaan mengembalikan sokongan orang Melayu kepada Umno.”

Ujar Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, “Mereka mengatakan orang-orang Islam dalam Pakatan (Rakyat) menjadi kuda tunggangan; ungkapan-ungkapan yang menunjukkan bahawa mereka meniupkan sentimen perkauaman dan keagamaan.”

Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang ditemuramah lewat malam tadi, mempertikai tindakan Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussien yang menyanjungi para pemuda ekstrem terbabit.

“Saya diberitahu bahawa Hishamuddin akan turun sendiri ke sini (Seksyen 23) untuk bertemu dengan samseng-samseng terbabit. Itu suatu penghormatan (Hishamuddin) sedangkan samseng-samseng itu jelas membelakangkan undang-undang dalam isu ini.”

“Saya tahu bahawa yang bercakap itu (demontrasi kepala lembu berdarah) bukan mewakili penduduk setempat (Seksyen 23). Saya sedih melihat bagaimana samseng-samseng itu boleh bertindak sesuka hati mereka…sesuatu tindakan terdesak oleh pihak Umno untuk membela, membela* dan melindungi mereka (ekstremis).”

“Orang-orang sebegini sepatutnya sudah lama dikenakan tindakan undang-undang (kerana) mereka sudah merosakkan harta benda awam, mengancam orang ramai dengan kata-kata hasutan. Mereka dikebalkan sehingga mengugut penduduk yang mempersoal tindakan mereka.”

Beliau turut mengulangi rumus politiknya, bahawa insiden tersebut angkara Umno demi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Tanpa menyebut nama-nama mangsa, Khalid juga menjelaskan bahawa beberapa saksi kejadian yang tampil membuat kenyataan sudah diugut serta diarahkan meninggalkan kediaman mereka, di sini.

Khalid juga menjelaskan bahawa beliau masih menunggu maklum balas pihak Polis sejak Sabtu lepas.

Utusan Melaporkan, Noor Azam memaklumkan bahawa sudah terdapat 52 laporan Polis daripada penganut Hindu berhubung insiden tersebut

Wartawan Harakahdaily, Dzulfikar Mashoor yang turut turun ke Seksyen 23 petang semalam menjelaskan bahawa pihak Pasukan Gerakan Am (PGA) masih berkubu di Dewan Serbaguna MBSA di sini.

Di antara responden harakahdaily 30 Ogos lalu, dua daripadanya menjelaskan bahawa diri serta keluarga mereka dikecam, dipulau serta diancam oleh suatu pihak yang tidak dikenali.

Ditanya sama ada responden terbabit ada membuat laporan Polis, kedua-duanya memberikan alasan takut terus diancam pihak terbabit.

Dalam pada itu, respon Rohaya Samad, suri rumah membuat penjelasan semula berhubung kenyataannya 30 Ogos lalu.

“Bukan maksud akak (kononnya) Hj. Mahyuddin (Pengerusi Persatuan Penduduk) membawa kepala lembu itu. Bukan akak yang kata. Akak bukan pemecah belah masyarakat seperti didakwa…” katanya.

Beliau juga menafikan bahawa beliau menerima sms kononnya penganut Hindu sudah membuat 98 aduan Polis berhubung insiden tersebut.

“Bukan 98 (aduan) yang akak kata. Akak kata 48 (aduan). Akhbar hari ini laporan 52 aduan,” ujarnya lagi.

Ditanya sama ada segala penjelasan tersebut disebabkan ugutan pihak tertentu, beliau mengatakan ‘tidak’.

Salah seorang saksi tuduh yang juga pemimpin tempatan, Cikgu Zainuddin terus dihubungi sehingga kini untuk mendapatkan sisi pandang yang lain, tetapi masih gagal.

Suatu sumber memberitahu bahawa beliau sedang membantu siasatan oleh pihak Polis.

Setakat ini, tidak ada mana-mana individu dilaporkan telah ditangkap di bawah Akta Hasutan dan iSA.

Segala yang berlaku, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor cuba menjadikan pertemuan bersama penduduk Seksyen 23 Sabtu ini sebagai jalan keluar, sedangkan Umno BN terus dibelit pelbagai dakwaan ekstrem, samseng, mengamalkan perkauman sempit sehingga sekarang.

Hasil pena:ZY MASHOOR

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda...